Wednesday, 9 November 2016

SEK. MEN ISLAM AS SYDDIQ

3 RABIATUL ADAWIYAH
 Sgt merindui sahabat2 di As Syddiq bru 2 minggu ta jumpa...huhu. Sekolah ni merupakan sek yang sis mula-mula sis tau apa maksud tarbiyah yg sebenar-benarnya. Hampir 3 thun sis stay kt sekolah ni.. Sek ni byk mengajar sis maksud islam yg lebih mendalam.. Setiap pagi...semua pelajar ada majlis membudayakan Al-Quran di dataran Plus. Sis bersyukur sgt kerana Allah memilih sis utk menimba ilmu di sekolah ini...Gambar diats merupakan gambar sahabat sekelas sis utk thun 2016.. Mereka juga penguat sis bila sis jatuh.. Masing-masing saling pesan-memesani dan tegur-menegur. Setiap manusia melakukan kesalahan kn... Nk tau sejarah SEK MEN ISLAM AS SYDDIQ? ? ?

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Islam As-Syddiq adalah hak milik sayarikat As Syddiq Resource Berhad. Sekolah Menengah Islam As-Syddiq atau akronimnya SMIAS diberi nama berdasarkan lokasi sekolah terletak di Kampung Sahari, Simpang Renggam. Sekolah ini telah dirancang penubuhannya sejak tahun 2007.
Sekolah Menengah Islam As-Syddiq telah ditubuhkan pada Januari 2011 di alamat Jalan Sekolah, Kampung Sahari, Blok 3, Simpang Renggam, Johor. Oleh kerana pada tarikh tersebut bangunan sekolah masih dalam pembinaan, pembelajaran para pelajar Tingkatan 1 yang bermula pada 1 Januari 2011 dijalankan di Surau Sekolah Rendah Islam As-Syddiq.
Bilangan pelajar generasi pertama SMIAS seramai 20 orang(12 lelaki dan 8 perempuan). Kemasukan para pelajar adalah daripada murid-murid Sekolah Rendah Ghufran dan juga  dari sekolah rendah yang lain. Pada peringkat awalnya, jawatan pengetua dipangku oleh Tuan Haji Shamjuddin Bin Romani dan dibantu oleh 4 orang guru.
Proses permohonan pendaftaran sekolah kepada pihak kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan dan mendapat kelulusan pada April 2011 dengan nombor rujukan SRJ 3339. Tuan haji Md. Yamin bin Md Noor (setelah bersara dari SMK Parit Raja, Batu Pahat) telah dicadangkan menyandang jawatan pengetua pada Mac 2011.
OK lh..tu je yang nk diceritakan hari ni..Semoga hari ni lebih baik dri semalam...

Sunday, 6 November 2016

Good luck my lovely sis form 5 Al Kindi 2016

Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.
Kadang-kadang kita sering putus asa dan tidak yakin pada diri sendiri. Bertenang dan Ingat kata-kata ini, jika kita telah melakukan yang terbaik, di samping tawakal dan redha jika diuji dengan kegagalan, maka bersedialah untuk satu kejayaan yang luarbiasa dan mengejutkan.
I cannot fail.
Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin kita akan berjaya. Kalau kita yakin 100% akan berjaya, maka kita pasti akan menjayakannya.
If i never try, I’ll never know.
Usah ragu-ragu jika berdepan dengan sesuatu peluang. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Apa saja hasilnya, yang pasti ia tindakan yang tepat. Smaada kejayaan atau kegagalan, bukannya perkara utama, kerana  pengalaman itu merupakan pelajaran yang lebih beharga dari segala-galanya. Ia tidak dapat dijual beli dan pengalaman itu yang mendewasakan kita.
Today is not a good day to give up.
Selalu berfikiran positif. Yakin bahawa hari ini merupakan hari bertuah dan ia bukan hari yang sesuai untuk mengalah. Menurut kata-kata nasihat Tokoh yang berjaya. Jalan menuju kejayaan, bukan untuk orang yang mudah mengalah.
If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi realiti.
Life is either a daring adventure or nothing.
Bukankah hidup adalah cabaran yang memerlukan keberanian, jika bukan ia tidak dinamakan kehidupan.
Every artist was first an amateur.
Good luck for SPM sis2 form 5 this year especially for student SMIAS
*SIS MUNA *SIS FAZ *SIS JEAH *SIS QISZ *SIS NYNA
*SIS YAM *SIS HANA *SIS PAH *SIS FARA *SIS DIYANA
MAJLIS PENGHALALAN ILMU

Wednesday, 2 November 2016

1'D.2.A

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...sihat? ? Baiklah harini sis nk cerita..why sis guna panggilan sis. Before sis cuti..sis and beberapa sahabat sis ada buat program yg mna program tersebut diberi nama "1'D.2.A" stand for "One Direction to Allah". Dh lama sebenarnya kita org nk buat program..tp ta de masa so alhamdulillah after PT3 bru kita org rancang betul2..just beberapa org form 3 je yg merancang utk program ni..yg selebihnya join this program. Semua pelajar aspuri terlibat tp kita org beri kelonggaran utk kakak2 form 5 coz diorg kn nk SPM. Diorg join time mlm kebudayaan je...tu pon dh oke...Okey barisan fasilitator kitorg terdiri dri...Sis Wardah,Sis Tia,Sis Iman,Sis Ez,Sis Haufa,Sis Radiah and Sis Wani..Sis pon terdiri dlm brisan fasilitator...



Sukarelawan Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua...alhamdulillah dpt pon buat blog..huhu.  Kalau guna panggilan sis bole? ? ? Nak tau nape? jap lgi sis citer.Alhamdulillah sis dpt cuti selama 3 minggu,sbbnya kakak2 nn abg2 form 5 SPM..ta nak ganggu katanya. Before sis balik umah, sis n beberapa sahabat sis jd sukarelawan kt sek sis,tolong2 mna yg patut sbb nya sek sis thun ni jd tuan rumah bg Hari Anugerah Cemerlang yg mna tetamunya  dtg dri seluruh sek HALUAN di Malaysia... ramai juga

Potong buah..utk tgh hari di kantin SIAS
Ianya merupakan pengalaman yg sgt manis...bkn slalu dpt jd sukarelawan sekolah ni pon merupakan salah satu aktiviti sis after PT3..Doakan sis dpt 11 A+ dlm PT3