![]() |
3 RABIATUL ADAWIYAH |
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Islam As-Syddiq adalah hak milik sayarikat As Syddiq Resource Berhad. Sekolah Menengah Islam As-Syddiq atau akronimnya SMIAS diberi nama berdasarkan lokasi sekolah terletak di Kampung Sahari, Simpang Renggam. Sekolah ini telah dirancang penubuhannya sejak tahun 2007.
Sekolah Menengah Islam As-Syddiq telah ditubuhkan pada Januari 2011 di alamat Jalan Sekolah, Kampung Sahari, Blok 3, Simpang Renggam, Johor. Oleh kerana pada tarikh tersebut bangunan sekolah masih dalam pembinaan, pembelajaran para pelajar Tingkatan 1 yang bermula pada 1 Januari 2011 dijalankan di Surau Sekolah Rendah Islam As-Syddiq.
Bilangan pelajar generasi pertama SMIAS seramai 20 orang(12 lelaki dan 8 perempuan). Kemasukan para pelajar adalah daripada murid-murid Sekolah Rendah Ghufran dan juga dari sekolah rendah yang lain. Pada peringkat awalnya, jawatan pengetua dipangku oleh Tuan Haji Shamjuddin Bin Romani dan dibantu oleh 4 orang guru.
Proses permohonan pendaftaran sekolah kepada pihak kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan dan mendapat kelulusan pada April 2011 dengan nombor rujukan SRJ 3339. Tuan haji Md. Yamin bin Md Noor (setelah bersara dari SMK Parit Raja, Batu Pahat) telah dicadangkan menyandang jawatan pengetua pada Mac 2011.
OK lh..tu je yang nk diceritakan hari ni..Semoga hari ni lebih baik dri semalam...
No comments :
Post a Comment